Thursday, December 17, 2009

Harap maaf..

Sorry.. sejak kebelakangan ni sibuk sangat mengurus kan hal² harian..Tak sempat nak ber FB,ber blog & macam² ber lagi..nak update apa pun dah tak sempat..tapi aku kan cuba untuk meneruskan apa yang dah aku mulakan..

Wednesday, December 2, 2009

Reunion@kenduri kawen kakak Aie

Pada 22 November lalu,bertempat di Pantai Dalam,KL..My Ex-ofismate@Putrajaya buat reunion kat kenduri kakak salah sorang dari kami iaitu en Aie..Boleh dikatakan semua yang rapat² datang ke majlis reunion yang dirancang 2@3 hari nieh..

En Aie a.k.a tuan rumah..

Ni la Ex ofismate aku kat putrajaya..bergambar dengan pengantin,budak² ni kalo suruh bergambar,sakan..


Selepas sejam lebih bertandang di kenduri ni,mula² bebudak ni plan nak gi mid valley..pastu hampeh..Ada nenek nak bersalin la,mak telepon suruh tengok ayah gedik² kat umah la,ada yang datang bulan sebab tak boleh makan nasi minyak la (alahan)...



So aku,cik mok & cik mok gak membuat keputusan untuk membawa diri jauh ke The Curve,Damansara..(merajuk sebab bebudak x jadi tgk wayang) Seronok dowh..



Mana satu alien?tengokla planet 51..

Ni lagi alien,tak boleh tengok camera..cam nyet..


Abis tengok wayang + jalan² skit baru la kitorang balik..tu pon sebab cik mok sorang lagi tuh kena balik awal (abah dia marah),lagi pun dia duk jauh(planet 51) hehe.. ; )

Sebelah Kaki

Hmm..Tanggal 28 November 2009 bersamaan dgn aidil'adha ke 2 yg lalu satu lagi detik bersejarah dalam hidupku.Satu keputusan besar dalam hidup aku.Bertunang gak aku dgn cik mok (Shahida Nafisha Bt Abd Aziz).Majlis serba ringkas ini diadakan di rumah bapa saudara nya di Bandar Bukit Puchong.


Di awal perancangan,rombongan aku ni hanya akan dihadiri oleh saudara mara terdekat je..tu pun 2@3 kereta jer.Tapi apabila sampai nya hari majlis,alhamdulillah ramai saudara mara belah bapa aku,kawan² dia & 1@2 kawan aku yang hadir.Dekat 8-9 biji kereta gak lar.Sambutan daripada pihak perempuan pon boleh gagah gak,dah macam majlis nikah da ramainya..



Ha..tu yang dikelilingi,sorang² kat tengah tu.Tu la otai aku,tengah table talk.Ni time² camni kalo ada yang menyampuk,mau lebam biji mata..



MY FEYONCE

(pronounce like beyonce,boleh?)


Ni la hantaran dari pihak perempuan..


Ibu tersayang sedang menyarung cincin ke jari kontot²,gemok² bakal menantu tersayang..



Hantaran manisan dari kedua² belah pihak..




Majlis yang berlangsung sejam dua ni berakhir dengan selamat akhirnya..Harapan dari aku,dia & keluarga kami semoga hubungan ini kekal ke jinjang pelamin..Nasib baik la dalam semua borang tanya status,takde pilihan C) bertunang..kalo tak mesti cik mok suruh letak bertunang punya..