Saturday, October 31, 2009

Tinggal Kenangan...

Akhirnya sampai gak masanya untuk aku meninggalkan SMKP18,Putrajaya yang menjadi markas aku selama 5 bulan..Banyak kenangan yang tercipta walaupun dalam masa yang amat singkat.Terutamanya kenangan dengan kawan²..Makan,tido,main,bertekak semuanya bersama..Mana tak nya satu ofis sampai 37 orang..


The Samdul Geng
Hm..Last day aku seronok sangat..Pagi aku sampai² trus gi breakfast dengan budak² ni semua..Pastu naik port,apalagi macam biasa acara sepanjang minggu ni dimulakan..Ditengah² permainan aku perasan yang IKA,NORLY & SEELA takder..Aku tau diorang merancang sesuatu tapi aku buat tak port je..Sampailah waktu tengah ari (waktu solat Jumaat),aku pun keluar la dgn The Samdul Geng..Keluar dengan keter AIE,keluar mengelilingi sekolah pastu masuk balik..dia kata"budak² pompan panggil masuk",eleh ingat aku tak tau la tu?


Diorang sambut birthday aku kat kantin sekolah tu..Best gak lain cara,lain suasana kan?Rupa²nya tiga dara pingitan tadi takder gi beli kek & KFC untuk jamuan ni..Selesai je jamuan dlm pkul 2(budak² ni tak pegi solat jumaat..isy..teruk teruk) En BUBU datang dari Bangsar untuk Bertemu dengan aku & masing² balik ke port..Lepak la sampai petang..

Tapi cuaca tak selalunya cerah..rupa²nya baik² budak² ni ada makna..Cik Badar dah pun mengaturcara yang telah pun dirancang dari awal lagi iaitu "PERANG TEPUNG & TELUR" & sapa lagi mangsanya kalo bukan aku..Teruk aku dikerjakan budak² ni,ye la smua lawan 1 mana boleh kan?Tapi dengan semangat juang yang tinggi,aku telah melakukan serangan balas..walaupun tak dapat semua,ada la gak yang jadi mangsa aku..Ada yang aku kerjakan tu dah macam mangsa rogol rupanya,putus selipar,jatuh macam nangka..



Dan acara hari tu di akhiri dengan ucapan dari penghulu a.k.a ketua kelas (aku la tu)..Hm susah nak berucap bila cuaca yang mendung kemudian nya hujan renyai²..Sedih gak aku nak tinggal kan diorang ni tapi apakan daya rezeki harus di cari...
Apa pon,aku nak ucap kan terima kasih di atas bantuan dan sokongan rakan² selama aku di Presinct 18 @ Putrajaya..Terima kasih gak atas jamuan yang disediakan..Aku sayang korang semua..

Thursday, October 29, 2009

I'm 25th..


Aku ni dah 25 tahun..Dah jauh perjalanan rupanya..27 Oktober tarikh keramat..Malam 26,aku sendiri pun lupa harijadi aku esok harinya..Semuanya aku rasa berjalan macam hari² biasa yang aku lalui,dah dekat² nak pukul 12(masa tu aku tengah meniaga)baru la aku teringat hari jadi aku tapi tetap tak rasa macam birthday boy pun..Aku ajak intan payung pengarang jantung aku keluar pon dia tak nak(dia cakap dia penat)..its ok,aku tak rasa nak celebrate birthday aku pon sebab dari kecik family aku tak brapa nak celebrate birthday² ni..

Ha! tapi segala² nya bermula lbih kurang jam 11.30 pm bila ada kawan² yang tak biasa datang berger time² camtu datang nak melepak..Aku tak syak apa² lagi sampaila tiba² kereta adik aku parking blakang stall aku dengan kek yang dah dinyalakan lilin dalam kereta..Baru la aku tau yang diorang dah plan surprise untuk aku..


Simple je tapi happening gak la..Ye la nama pon surprise kan?ramai gak la rakan taulan yang ada pada midnight camtu..Hidangan pon tak kurang gempak ada kek yang sangat² sedapnya(ntah apa nama kek dari SECRET RECIPE),ada nugget sikit &; macaroni (intan payung pengarang jantung i yang buat tau..)Thanks la pada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis especially pada penganjur ADIK,KAKAK & SHA-BEE(love u all)..


Harijadi aku tahun ni,aku dapat hadiah yang sangat bermakna..Aku dapat kerja baru ngam² pada tgh hari, hari jadi aku..Technician post kat Shinko Electronics (M) sdn bhd..Huh Alhamdulillah & lega rasanya,ia datang di saat² di perlukan..Hope dengan keje baru ni,life aku akan normal balik..

Hm..Bila dah umur camni,soalan² lazim seperti:Bila nak kawin? Keje apa?, Dah kawin ke blom?,Pakai kereta apa? dah jadi lumrah..So untuk merealisasikan jawapan soalan² di atas,aku mengharapkan doa dari Mak & Abah, adik²,rakan² serta kekasih²(hehe..jangan marah)..Doa² kan la aku ni murah rezki,panjang umur,cepat kawin,kaya,dapat bini cantik,dapat petunjuk dari ilahi dll.

Sunday, October 18, 2009

Tournament bowling 4 Dummies

17 October 2009 aku & my fellow officemate buat 1 event yang julung² kali di adakan (bowling tournament kecil²an) & bertempat di MidValley MegaMall.Tournament ni di sertai oleh 17 orang pendatang yang tak tau dari mana datangnyer? Tournament ni bleh d'katakan best + fun + tak kurang gempaknya..

Tournament yang bermula agak lambat dari yang dijangkakan iaitu pada pukul 12.30 pm, biasala lambat kerana ada yang terkunci bapak dalam umah, anak terbakar rumah jiran, rasa nak beranak tiba², sembelit, senggugut & lain².. Walaupun terdapat beberapa kemalangan berlaku di lane 23& 24 iaitu peserta yang di daftarkan dgn nama NURAH & PIJA apabila mereka dengan tidak sengaja berenang ke tgh lane, aksi NORLY membuat balingan ke lane jiran juga tak di lupakan..Alhamdulillah, nasib baik takde yang cedera parah (kami juga menyediakan paramedic)..Setiap yang bermula pasti akan berakhir & tournament tamat pada pukul 1.45 pm..


Team A a.k.a Old Skool


Team B a.k.a Siapa nak POWER? (cam dlm iklan kopi jin ijau 2..)



Team gue@Team C champ of kg dusun..



Team D a.k.a Team gaya..gaya..gaya..

Walaubagaimanapun acara masih di teruskan dgn makan tengah hari di food court pusat beli belah tersebut..setelah IKA,NORLY & WAN puas mentekedarah,baru lah kumpulan pembantu tadbir kontrak ni beredar ke acara bebas..mulalah bdak² ni buat perangai bukan² main game la, pool la, beli tuala la, isy macam² la (nasib baik takde yang lari bogel dalam shopping complex tu..)



Kemudian pada pukul 4.15 pm,baru la kami berkumpul kembali di dpan The Golden Screen Cinema untuk acara terakhir iaitu mendongak & menonton movie cerita arahan Afdlin Shauki a.k.a En Saadom a.k.a Papadom..Ceritanyer bolehla tahan (tp Norly leleh lbey plak..)& akhirnya setelah wayang tamat, maka bersurailah kerani kerani ni..
Hm..1 hari yang amat menyeronokan walaupun penat.Tapi apapun aku dari AJK Penganjuran mengucapkan ribuan terima kaseh kepada peserta²,kawan²,saudara saudari yang sudi turut serta memeriahkan majlis yang tak seberapa tu..thanks guyzz..

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPM










Hm..Selasa yg lepas bhg kewangan,Kem. Pelajaran Malaysia baru je mengadakn majlis ramah mesra aidilfitri untuk staf²nya..bukan main meriah lagi,macam² ada..persembahan,makan² of coz la kan,cabutan bertuah,pakaian tercantik,sesi bergambar..dan cawangan kami(caw. bantuan)berjaya memenangi persembahan terbaik..memang meriah & glamor raya la katakan..so thnx untuk semua yg menganjur kn,menjaya kn & menyertai..BEST!

Sunday, October 4, 2009

Futsal raya.....






Ha......tgk la bebudak ni..pandai kn?ari² raya ni,org sibuk buat open house abis semua diorang pegi mencekik kaw kaw punyer temasukla aku tp kesihatan perlu d jaga kn?lagipun mlm² minggu daripada melepak tak berpaedah baik main futsal kn?hm..lama gak diorang main mlm td from 12am-2am....thnx sbab korang semua dapat datang walaupun booking lambat..