Akhirnya sampai gak masanya untuk aku meninggalkan SMKP18,Putrajaya yang menjadi markas aku selama 5 bulan..Banyak kenangan yang tercipta walaupun dalam masa yang amat singkat.Terutamanya kenangan dengan kawan²..Makan,tido,main,bertekak semuanya bersama..Mana tak nya satu ofis sampai 37 orang..
The Samdul Geng
Hm..Last day aku seronok sangat..Pagi aku sampai² trus gi breakfast dengan budak² ni semua..Pastu naik port,apalagi macam biasa acara sepanjang minggu ni dimulakan..Ditengah² permainan aku perasan yang IKA,NORLY & SEELA takder..Aku tau diorang merancang sesuatu tapi aku buat tak port je..Sampailah waktu tengah ari (waktu solat Jumaat),aku pun keluar la dgn The Samdul Geng..Keluar dengan keter AIE,keluar mengelilingi sekolah pastu masuk balik..dia kata"budak² pompan panggil masuk",eleh ingat aku tak tau la tu?
Diorang sambut birthday aku kat kantin sekolah tu..Best gak lain cara,lain suasana kan?Rupa²nya tiga dara pingitan tadi takder gi beli kek & KFC untuk jamuan ni..Selesai je jamuan dlm pkul 2(budak² ni tak pegi solat jumaat..isy..teruk teruk) En BUBU datang dari Bangsar untuk Bertemu dengan aku & masing² balik ke port..Lepak la sampai petang..
Tapi cuaca tak selalunya cerah..rupa²nya baik² budak² ni ada makna..Cik Badar dah pun mengaturcara yang telah pun dirancang dari awal lagi iaitu "PERANG TEPUNG & TELUR" & sapa lagi mangsanya kalo bukan aku..Teruk aku dikerjakan budak² ni,ye la smua lawan 1 mana boleh kan?Tapi dengan semangat juang yang tinggi,aku telah melakukan serangan balas..walaupun tak dapat semua,ada la gak yang jadi mangsa aku..Ada yang aku kerjakan tu dah macam mangsa rogol rupanya,putus selipar,jatuh macam nangka..
Dan acara hari tu di akhiri dengan ucapan dari penghulu a.k.a ketua kelas (aku la tu)..Hm susah nak berucap bila cuaca yang mendung kemudian nya hujan renyai²..Sedih gak aku nak tinggal kan diorang ni tapi apakan daya rezeki harus di cari...
Apa pon,aku nak ucap kan terima kasih di atas bantuan dan sokongan rakan² selama aku di Presinct 18 @ Putrajaya..Terima kasih gak atas jamuan yang disediakan..Aku sayang korang semua..
1 comment:
kamil......
windu giler kat ko...sunyi jek kitorang main uno arini...yela..slalunyer ko yg porak perandakan keadaan...:'(
takpe2..nanti kite plan jumpa kat luar nak??
takat ni plan nak g genting...mintak cuti awal2 tau..
plan dlm 14,15 hb ni....
best ker keje sane?? mesti ko npun windu kat kitorang kan2??
windu nak gado ngn kak nurah a.k.a labu johnson a.k.a. rakan sebaya(bak kata bubu org lam)..windu kat ika n noly yg riuh tu...windu kat zery (yg cengeng) n wan yang gagah tuh..;p windu kat masayie..windu kat nad yg suka hitam besar tuh..windu nak tgk aku jatuh(haha pasni tak dapat la..;p)..windu kat su n dila yg memasing ngnh aksi masing2.....weiiii...gile windu dat moments!!!!!!!
we all miss u 4ever..
Post a Comment