Last saturday, aku gi lepak kt port Malek di Catch &Release fishing ctr,Empangan Air Kuning,Bkt Cerakah,Shah Alam.Saja niat nak bawa my Che mok &my besfren Haled jenjalan+breakfast sambil menikmati pemandangan danau salju nan menghijau,mendamaikan,menyejukan dan jauh dari kesibukan kota.
yang ni aku tak paham,dalam utan pun begayut...
Bangun pagi2,siap2 terus amik Che mok gi beli nasi lemak dulu.Kemudian ke Bkt Jelutong ambik Haled.Yang dua ekor ni,dgn muka yg kebuntuan tak tau ke mana arah tuju ikut je ke mana aku bawa.Memang aku rahsiakan lokasi dan tujuan aku..
Sesampainya di sana aku tengok Malik mundar mandir almaklum la baru buka pagi2 kan.Kelihatan juga En Nazmi a.k.a Abu a.k.a d' foreigner yang sudah pun melontarkan mata pancingnya ke air.Dia datang dengan org tuanya &beberapa orang rakan seofisnya.Abu memang dah seminggu merancang untuk ke sini dengan Malik.
En. Abu dgn ikan toman yang berjaya di naikkan..
Selesai bersarapan nasi lemak berlaukan sambal paru,sotong &ayam serta teh o ais,kami pun berehat menikmati pemandangan tasik dan menyaksikan gelagat2 jaguh2 joran.Jam menunjukan 10.30,kami pun ke aktiviti seterusnya iaitu memanah.Tempat malek ni selain memancing,para pengunjung juga boleh menyewa peralatan memanah.
ni jangan buat pasal,silap2 aribulan aku d targetnya...
Dah naik nak tercabut lengan baru la kami berhenti memanah.Jam pun masa tu dah 11 lebih kot.Lagipun Haled ada plan lain ari tu,so kami pun balik la pastu.Apa pun aktiviti2 macam ni sekali sekala layan best gak dowh,tenang jer rasanya..
No comments:
Post a Comment