Banyak yang tertinggal dalam dekat2 2 tahun ni, Aku sendiri dari bujang sampai dah kahwin dan bergelar Abi. Kawan2 jangan cakap la, dah berduyun2 yang kahwin, yang beranak pinak. Kerja pulak dari satu syarikat ke satu syarikat aku bertapak, rezeki anak bini... Semuanya berlaku dalam tempoh masa aku tidak menulis ni..
So apa yang aku boleh coretkan hanya flashback je la sedikit demi sedikit.. Ini pon rasanya ada yang tertinggal, ye la dengan faktor umur yang makin meningkat ni, lupa agaknya..
Perkahwinan
Pada 21.11.2010, akhirnya aku menamatkan saman bujang aku dengan isteriku Shahida Nafisha. Pertembungan adat Utara Selatan ini berlangsung di Rembau Negeri 9..
Rakan2 yang hadir memeriahkan majlis |
Lebih kurang sebulan selepas majlis di negeri 9, berlangsunglah pulak kenduri di utara semenanjung Langkawi, Kedah..
Rombongan pengantin perempuan |
Selesai majlis aku, disusuri pulak dengan majlis adik aku pulak. Bertunang lebih kurang 2 bulan selepas majlis aku di Langkawi dan berkahwin pada pertengahan 2011.
Tak lupa juga buat kawan2 yang melangsungkan perkahwinan sepanjang 2011 2012 Fuad, Shahrul, Hilmi hafizi, pada satu2nya masjid yang kami (aku & isteri) tumpang pahala dalam pembinaannya Izal & Pija dan by the end of 2012 Haled & Sue..
Permata hati
Dan pada tahun 2012 juga menyaksikan kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami pada januari 2012 adik aku melahirkan anak buah aku yang pertama Siti Nurkhairina Tasneem, pada tanggal 4 Jun 2012 pula isteriku selamat melahirkan seorang anak perempuan Ayya Ahlam Fakhira dengan berat 3.1 kg dan pada 9 Ogos 2012 adik iparku pula melahirkan Nur Arissa. Deretan gadis sepanjang 2012 dalam keluargaku.
Tasneem..ni pon dah besar sikit, gambar dia masa baru lahir entah mana letak.. |
Yaya dengan ummi dia.. |
Rezeki
Beberapa bulan selepas berkahwin, rezeki mula tiba.. Aku di panggil bertugas di Proton Edar SB sebagai kerani di jabatan Warranty. Hmm..bertugas di sebuah syarikat besar menjanjikan kepuasan berkerja, aku dapat balik benefit2 yang aku hilang masa berhenti Canon dolu2.. Sukan, Outstation, peluang belajar & mengajar. Walaupon baru setahun jagung di situ banyak pengalaman yang aku dapat.
Rakan2 Warranty di jamuan hari raya di teratak aku |
Johan sukan antara wilayah Proton Edar |
No comments:
Post a Comment