19 May 2013, 1st untuk 2013 atau mungkin satu satunya acara towerthon yang aku sertai tahun ni. Seawal jam 2.00am aku bersiap sedia & bertolak dari Shah Alam, aku tiba di venue acara iaitu di Menara Kuala Lumpur lebih kurang 3.45am. Betapa tak sangkanya aku bahawa ramai warga lembah klang yang sanggup bangun & bersenam bersama seawal jam 4.00am.
Event ni aku harungi berseorangan selepas rakan2 seperjuangan gagal dipujuk atas alasan mengelakan injuries. Aku sempat berbual dengan beberapa orang kenalan baru yang rata2 sama2 menimba pengalaman baru a.k.a 1st timer di acara ini, sama2 gemuruh & ragu2 dengan kecergasan masing2.
Starting line |
Peserta dilepaskan secara berperingkat, 300 orang peserta dalam 1 kumpulan dilepaskan setiap 5 minit bagi mengelakan kesesakan & kecelakaan di tangga menara serta masa diambil berdasarkan timing chip masing2. Aku dilepaskan dalam kumpulan ketiga lebih kurang 5.15am.
Dilepaskan di kaki bukit Menara Kuala Lumpur atau lebih kurang 800 meter dari bangunan menara, larian dimulakan dengan pendakian bukit. Walaupun baru bermula, pendakian bukit tersebut berjaya menggambarkan cabaran pendakian anak anak tangga yang akan ditempuhi. Betapa mencabarnya buat peserta pertama kali macam aku ni, tangga yang sempit, udara yang terhad, peserta2 yang kecundang mengeluarkan isi perut di sisi tangga & pemandangan yang terhad membuatkan keazaman diri teruji.
Catatan masa (466) |
p/s: KL Towerthon ni lebih kepada cabaran mental berbanding fizikal. Jika diizinkan tuhan, nak juga mencuba lagi di sesi 2014.
No comments:
Post a Comment