Saturday, April 13, 2013

Nottingham Charity Run 2013



Acara ketiga yang Aku sertai iaitu Nottingham Charity Run 2013 yang berlangsung pada Ahad, 7 April 2013. Acara ini diadakan di Nottingham University, Semenyih. Kedudukan pusat lanjutan pelajaran ini agak ceruk sikit tapi pada yang pernah ke Bukit Broga pasti tahu universiti ini kerana terletak tidak jauh dari kaki Bukit Broga.

Seperti biasa acara ni pun aku berdua, siapa lagi kalau tak bertemankan teman tetap aku Shahril. Jarak perjalanan kami (Shah Alam) dengan universiti ini atau semenyih mengambil masa lebih kurang 45 - 50 minit. Kami bertolak seawal jam 5.00 pagi supaya kami dapat mencari parking, mendaftar dan bersiap dengan selesa.




Setibanya kami di Nottingham University, parking mudah dicari dan penanda arah ke tapak pendaftaran, toilet & cafe amat mudah ditemui. Ia banyak membantu kami sebagai peserta untuk membuat pendaftaran dll. Cuma yang pelik pada kami, anjing banyak gila berkeliaran dalam universiti ni, berjalan kena hati hati takut terperanjat hehe...

Nottingham Charity Run 2013 dimulakan dengan sedikit senaman ringan dihadapan pentas utama & kemudiannya kumpulan larian pertama (men open 10km) dilepaskan diikuti acara acara lain. Ini merupakan acara larian aku yang pertama dimana aku boleh melihat pelari lain yang mendahului aku di seberang jalan. Ia memberikan sedikit tekanan apabila kita tahu berapa ramai yang sedang mendahului & lebih cepat dari kita.



Namun kepuasan menghabiskan larian itu lebih diutamakan, lebih lebih lagi apabila kami masing masing dapat memperbaharui rekod larian kami. Aku menamatkan larian dengan catatan masa 01:07:44 & Shahril dengan 01:19:37. 


Finishing line



Selesai sahaja larian aku menunggu Shahril di garisan penamat, kemudian kami menukar pakaian & terus sama sama ke booth booth sponsor seperti Dutch Lady, RedBull dll. 

 


Kami amat berpuas hati dengan penganjur Nottingham Charity Run 2013 kerana walaupun ia hanya acara larian amal yang mengambil kos pendaftaran RM30 tetapi dengan pendaftaran yg teratur, pengurusan masa yg baik, kemudahan yg diberikan & t-shirt yg cantik serta selesa, kami rasa berbaloi menyertainya. 



No comments: