Selepas lebih kurang enam hari selepas aku berjaya menawan Bukit Broga, pada 06.01.2013 aku ke Taman Pertanian Malaysia @ Taman Botani @ Bukit Cerakah, Shah Alam untuk menawan Bukit Sapu Tangan pula. Kali terakhir aku berdiri di puncak Bukit Sapu Tangan adalah semasa aku di tingkatan 3 semasa perkhemahan sekolah. Bukit Sapu Tangan merupakan bukit tertinggi di dalam Taman Botani ini dan tertinggi dalam Bandaraya Shah Alam dengan ketinggian 211m dari paras laut.
Kali ni aku, Sha (isteri aku), Yaya, Apin & Shahril bertolak lebih kurang pada pukul 7.15am & tiba di Bukit Cerakah pada pukul 7.50am. Akibat kesilapan maklumat, kami terpaksa menunggu setengah jam lagi kerana rupa2nya taman ini dibuka pada pukul 8.30am. Dalam masa menunggu, semakin ramai pengunjung kelihatan di hadapan pagar masuk termasuklah beberapa biji bas IPTA berdekatan Shah Alam menurunkan pelajar.
|
Apin & Shahril |
Tepat jam 8.30am pagar pun dibuka, kita boleh menyaksikan pengunjung membuat larian pecut meluru ke kaunter masuk. JANGAN PANIK! ini kerana mereka yang ramai ni semuanya berebutkan untuk mendapatkan basikal yang boleh disewa pada kadar bayaran RM5 sejam. Bayaran masuk ke Bukit Cerakah ni baru RM3, so pada kita2 yang nak berjogging bolehlah membeli tiket dengan tenang.
|
Kaunter tiket diawal pagi seakan akan kaunter tiket bas express musim perayaan |
|
Peta Taman Botani |
Sekali lagi kekeliruan maklumat berlaku dan kali ini kami terlepas menaiki bas Skytrex untuk ke simpang manggis (simpang ni diberi nama sempena replika sebiji manggis disimpang itu). Jadi bagi mengelakkan pembaziran masa, kami mengambil keputusan untuk terus berjalan kaki ke simpang manggis - Bukit Sapu Tangan.
Nyaman sungguh keadaan hutan di pagi hari ditambah dengan udara segar membuatkan permulaan perjalanan kami tidak terasa kepenatannya. Dari tapak bas ke simpang manggis mengambil masa 10 - 15 minit.
|
perjalanan dari tapak menunggu bas ke simpang manggis |
|
Simpang manggis |
Perjalanan dari simpang manggis ke simpang masuk Bukit Sapu Tangan saja sudah boleh memberi klu bagaimana perjalanan seterusnya ke Puncak Sapu Tangan.
|
Simpang masuk ke Bukit Sapu Tangan (1.8 km) |
Dari simpang manggis kesini mengambil masa lebih kurang 10 - 15 minit juga. Kami meneruskan perjalanan & di perjalanan inilah kekuatan mental & fizikal di uji. Jalan yang berbukit bukau,berombak ditambah dengan kecerunan 45% entah2 lebih membuatkan langkah kaki menjadi perlahan & kawalan nafas perlu di beri perhatian. Dengan penuh kasih sayang mengendong Yaya yang seberat 7kg, aku teruskan juga perjalanan walaupun dalam hati ini ada mengeluh kecil (Yaya tenang je tido). Ada juga antara kami yang mengaku ada keinginan untuk mengalah, namun berkat sokongan kawan2 kami teruskan juga.
|
Pendakian |
Ada ketikanya jarak antara kami memakan bermeter meter jauhnya antara 1 sama lain kerana faktor kepenatan. Di pertengahan jalan kami terpaksa meredah belukar di tepi hutan kerana terdapat beberapa pokok tumbang ditengah jalan. Setelah berjalan kira2 35 - 40 minit dari simpang masuk, akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju. Hanya tuhan tahu betapa puasnya perasaan kami apabila tiba di puncak.
|
Ketibaan berlatar belakangkan Menara Sapu Tangan |
|
Pemandangan dari Menara Sapu Tangan..Berbaloi.. |
|
Bandaraya Shah Alam agak kabur..Jerebu agaknya.. |
|
Yaya & Ummi berehat |
|
Peserta terakhir tiba menghilangkan kepenatan. |
|
Berehat sambil menikmati sarapan pagi |
Setelah berehat kira 45 minit, kami pun memulakan perjalanan turun. Dah menjadi lumrah alam, treler kalau naik bukit memang perlahan tapi kalau turun........kami cuma mengambil masa 45 minit untuk turun ke simpang manggis berbanding naik, 1 jam lebih..
|
Bergambar di kawasan pokok tumbang |
Kami akhirnya sampai di simpang manggis, berehat sebentar dan merancang untuk menaiki bas Skytrex & melawat kawasan Skytrax, kemudian pulang.
|
Berehat sebentar menunggu bas..ha..nampak tak manggisnya? |
|
Peserta yang kehausan.. |
|
Antara aktiviti lasak yang terdapat di Skytrex.. Ia memiliki 3 peringkat aktiviti ala macam dalam game easy, medium, hard.. |
Apabila selesai lawatan kami ke Skytrex & tiba semula di tapak bas, Apin berkeras untuk kerumah 4 musim pula. Katanya rugi dah sampai tapi tak kesana. Kami turutkan sahaja memandangkan bayaran masuk hanyalah RM5 & dalam perjalanan ke rumah 4 musim ini juga korang boleh singgah di taman haiwan/laman padi.
|
Yaya seronok sangat dapat duduk dalam peti ais ni.. |
|
Budak 2 orang ni dah kenapa? |
Setelah selesai menuruti keinginan Apin, kami pun bertolak pulang kira2 jam 12.30pm. Walaupun penat tapi kepuasan hari ini hanya dapat diterjemah melalui gambar2 kenangan.
p/s: Pihak Taman Botani @ Bukit Cerakah @ Taman Pertanian sepatutnya membangunkan/memperbaiki semula kawasan2 seperti Menara Bukit Sapu Tangan & sebuah lagi menara tinjau serta mengembalikan laluan bas seperti dahulu bagi menarik lebih ramai pengunjung..Untuk maklumat http://www.tbnsa.gov.my