Tanggal 12 Januari 2013 merupakan tarikh bersejarah buat Vintage Growth SB, sebuah syarikat kontraktor yang julung2 kalinya mengadakan 'Vintage Growth SB & friends family day'. Acara yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh kakitangan & rakan2 terdekat kepada tuan director syarikat. En Dzulathfin. Sebenarnya company ni tempat aku buat part time & memandangkan tuan director tersebut kawan aku so kawan2 yang lain pun kawan akulah..hehe..
Bertolak dari Shah Alam kira2 jam 1.30pm, perjalanan ke Morib mengambil masa lebih kurang 1 jam 10-15 minit melalui highway SKVE Saujana Putra-Banting. Kami ke hotel dahulu untuk pendaftaran (check in 3.00pm) kemudian kami makan tengah hari di Pantai Morib.
|
Check in@lobby |
Lebih kurang jam 3.10pm kami mengambil kunci dan ke bilik masing2. Di sini memang pack pada hujung minggu, so kalau berharap nak dapat bilik berviewkan theme park kena daftar nama pagi2 lagi. Apabila masuk ke bilik, pastikan anda memeriksa dahulu keadaan bilik anda sama ada berkemas atau tidak & pada yang memilih Studio Suite pastikan jakuzi didalam bilik anda berfungsi.
Semua bilik kami ditempah oleh tuan director & semua bilik yang ditempah adalah Studio Suite so peringatan di atas tu faham2lahkan. Masing2 excited masuk bilik & menikmati view. Yes! aku dapat suite yang view ke theme park.
|
view dari jakuzi.... |
|
view dari balkoni.. |
|
Taman tema air Gold Coast Morib |
Selepas berehat sebentar di bilik tanpa membuang masa,masing2 membawa anak2 yang menggeletek tidak sabar berendam di taman tema dibawah sambil menunggu kawan2 yang masih belum tiba.
Pada sebelah malamnya pula, setelah semua staff dan rakan2 tiba, kami bertolak ke Bagan Lalang, Sepang untuk makan malam di restoran terapung (takde la terapung sangat pon) HM Sri Bagan SB. Berbagai juadah makanan laut yang disajikan membuatkan masing2 kekenyangan & perjalanan pulang ke hotel terasa jauh beribu batu.
|
Bergambar kenangan selepas makan malam |
Selesai acara makan malam, tiba di hotel, anak2 terus lena dibuai mimpi & kami mencuri masa untuk berbual sebelum tidur.
Lena dibuai mimpi ditemani hujan lebat bersama angin laut pagi berikutnya, kami terus ke cafe hotel menikmati sarapan pagi sambil menunggu hujan berhenti. Kira2 jam 9.30am, hujan berhenti & masa yang ditunggu anak2 tiba. Masing2 teruja meluru ke taman tema air.
|
tuan director & family |
|
bersama staff & keluarga |
|
Yaya keriangan walaupun tak tahan sejuk.. |
Masa amat mencemburui kami kerana masa check out hampir tiba (12.00pm) kami ke bilik masing2 dan berkemas untuk pulang. Jutaan terima kasih kepada syarikat Vintage Growth SB serta tuan Director En Dzulathfin kerana sudi membawa kami bercuti bersama, semoga syarikat ini akan terus berkembang & maju hendaknya. Moga tuhan merahmati usaha & kerja2 syarikat serta membalas jasa baik anda.
|
All Black katanya |
|
Bergambar dihadapan Gold Coast Morib sebelum pulang.. |
Pada pendapat saya Gold Coast Morib merupakan satu tempat percutian yang baik bagi warga kota@lembah kelang untuk menghilangkan penat sambil membawa anak2 mandi manda kerana lokasinya yang tidak jauh. Kawasannya yang hampir dengan Bagan Lalang-Pantai Morib-Pekan Banting juga memudahkan pengunjung untuk mendapatkan kemudahan kemudahan lain seperti makanan laut, makanan ringan, kedai telekomunikasi dll. Untuk tempahan/maklumat www.gcr.com.my
No comments:
Post a Comment