Tahun 2012 telah pun melabuhkan tirainya dan 2013 pun tiba membawa lembaran baru. Seperti biasa, bermacam2 azam dipasang umat manusia pada setiap tahun baru. Azam aku untuk 2013 ni, aku nak membawa & mengajak isteri & anak, kawan2 seperjuangan & rakan sepermainan membuat/mengikut aktiviti riadah yang lebih sihat. Yelah kita ni umur semakin meningkat jadi kesedaran terhadap kesihatan perlu seiring dengan karier & kehidupan.
So bagi membuka tirai 2013, Aku & rakan2 sekerja mengadakan aktiviti mendaki pada 01.01.2013. Mendaki Bukit Broga atau dikenali juga sebagai Bukit Lalang, Semenyih. Sambutan untuk aktiviti kali ini agak baik dengan kehadiran rakan2 ofis yang lain bersama keluarga dan seorang teman baik aku Shahril.
Berkumpul pada pukul 4.30am di ofis Proton Edar Center of Excellent menantikan Shira & Naquib dan kemudiannya bertolak pada pukul 5.00am. Meneruskan perjalanan ke tempat berkumpul seterusnya bagi menunggu rakan2 lain di Petronas Sri Kembangan & Petronas Pekan Rinching. Selesai solat Subuh, kami meneruskan perjalanan & tiba di kaki Bukit Broga pada 6.15am. Selesai parking kereta dan membuat persiapan, kami memulakan pendakian pada pukul 6.30am.
Bersama Yaya 6.30am, kaki Bukit Broga.. |
Memandangkan semasa kami tiba di kaki bukit hujan renyai2 baru berhenti, perjalan ke puncak agak licin. Lebih kurang setengah jam pendakian, kami pun sampai ke puncak..
Pemandangan di puncak Broga pastinya memberikan kepuasan |
Antara gambar2 bersama...
|
Setelah puas menikmati keindahan & puas bergambar (lebih kurang 1 1/2 jam) kami pun mula turun. Berkumpul dibawah lebih kurang jam 8.15am.
Sebahagian besar yang menyertai trip kali ini. |
Apabila semuanya telah selamat sampai dibawah, kami pun bergerak meninggalkan Bukit Broga menghala ke rumah Faiz untuk menikmati sarapan pagi dan kemudiannya bersurai.
*kredit untuk Faiz dan keluarga kerana sudi menyediakan sarapan pagi buat kami semua. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment