Friday, March 8, 2013

Brooks Half Marathon 2013



Pada 3 Mac 2013, aku telah menyertai running event pertama aku iaitu Brooks Half Marathon 2013 yang dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club bersama jenama sukan Brooks di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebagai event pertama perasaan excited tu memang membuak buak, aku ditemani rakan seperjuangan yang sama sama baru dalam sukan riadah ini, En Shahril bertolak seawal 4.30am dari rumah, Shah Alam. Kami tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil lebih kurang 5.00am. Rupanya ribuan peserta telah membanjiri kawasan tersebut.

5.20am
Shahril di depan pentas utama





















Setelah kami bersiap, kami pun ke laman utama acara, melawat khemah khemah penganjur sambil melihat gelagat peserta peserta lain. Selang beberapa minit kami di situ, kategori pertama iaitu 21km lelaki & wanita dilepaskan tepat jam 5.45am. Pujian harus diberikan kepada penganjur diatas penjagaan masa yang begitu baik. Setiap kategori dilepaskan seperti yang dijadualkan.

Starting point

15 minit sebelum kategori kami dilepaskan, pengumuman dibuat & kami mula memanaskan badan. Tepat 6.15am, kami pun dilepaskan. Kali terakhir aku berlari 10km iaitu pada 2001 ketika di tingkatan 5. Alhamdulillah, berkat daripada latihan aku dengan Shahril, malam selepas waktu kerja seminggu dua kali maka takdelah terasa kepenatan sangat. Walaupun latihan tu hanya 2/3 km je satu malam.

Dalam ketika berlari inilah, baru aku sedar acara ini bukanlah sekadar larian. Betapa orang lain memotivasikan diri kita bila melihat Orang tua yang sebaya dengan ibu bapa kita, mereka yang berkerusi roda, mereka yang berlari tanpa kasut boleh melakukan larian lebih baik dari kita. Pendek kata, "jangan berputus asa"

Akhirnya setelah berlari, berjalan, berlari ,berjalan aku tiba di garisan penamat dengan catatan masa 1:10:24. Manakala Shahril dengan masa 1:24:36 tapi aku bangga dengan Shahril sebab aku yang ajak dia joint aku & dia berjaya dengan catatan masa yang agak baik. Dengan penuh semangat dia cakap, dia nak 

ikut aku lagi.

Shahril dengan trofi mininya
my finishing kit



Ada juga kawan kawan lain yang turut serta dalam event ni, Shira & Naquib (office mate) takde jodoh nak jumpa kat sana, Shah Faiz aku jumpa masa aku kat kilometer ke 8 & ada sorang kawan se-syarikat aku jumpa masa Q kat toilet (aku lupa nama dia)

official results

p/s: satu benda yang aku perasan, sambutan dari kaum cina adalah sangat menggalakan. Perlu lebih ramai melayu kita dalam aktiviti sihat macam ni.. 5km pon ada..he he..


No comments: