Friday, March 15, 2013

Larian Amal 2013, UNITEN




Seminggu selepas berjaya mengharungi event yang pertama, aku terus ke event kedua iaitu Larian Amal 2013 "The Greatest Wealth is Health" di Uniten, Kajang anjuran Prepatory Programme For Excellent Students (PPES)- pelajar2 cemerlang yang terdiri daripada pelajar dibawah tajaan Yayasan Tenaga Nasional & MARA pada 10 Mac 2013. Sekali lagi, event ni aku ditemani sparring partner aku, Shahril.

Acara ini berlangsung di Padang Coit, Uniten. Larian amal ini mempunyai 6 kategori veteran lelaki & wanita, terbuka lelaki & wanita dan Junior lelaki & wanita dengan jarak yang sama iaitu 6km. Yuran pendaftaran pula hanya RM10. 

Pendaftaran
Kali ini kami tiba setengah jam awal di tapak acara, bersiap sedia, menyalin pakaian sambil melihat peserta lain mundar mandir memanaskan badan & menunggu untuk pendaftaran serta penyerahan no bip. Sepatutnya pendaftaran bermula jam 6.30am tapi ia hanya bermula lebih kurang 7am++. Bila pendaftaran lewat maka pelepasan larian pun menjadi lewat.

Bangunan COIT, Uniten
Tempat acara berlangsung

Semua kategori dilepaskan serentak pada jam 8.10am++, yang peliknya adakah laluan larian kali ini benar benar 6km atau tidak? sebab kalau ikut software larian aku (Runkeeper) laluan larian hanyalah sepanjang 3.76km. Dan masa untuk larian  aku kali ini adalah 23m21s & Shahril pula 28m++.

Finishing line

Dah macam berlari 21km pulak..

Setiap peserta diberikan goodies bag di garisan penamat. Sementara menunggu upacara penyampaian hadiah, para peserta di hiburkan oleh band pelajar Uniten. Dan apabila selesai penyampaian hadiah, sijil sijil panyertaan diserahkan pada para peserta.

Berbagai acara & games lagi yang berlangsung di tapak acara seperti cabutan bertuah, twin peaks climbing, velcro olympics, street soccer dll, tapi kami bertolak pulang lebih awal untuk bersarapan di Shah Alam.

http://ppes1213.blogspot.com/
http://www.sports.my/events.php?event=892-larian_amal_2013

p/s: harapan kepada penganjur agar dapat menepati masa & belajar menguruskan acara dengan lebih baik. Adalah lebih baik, tapak acara di sediakan lebih awal sehari, khemah pendaftaran disusun dengan lebih teratur, pembahagian kerja urusetia dibahagikan seminggu lebih awal bagi mengelakan kekeliruan seperti pagi acara. Semoga acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih cemerlang....

No comments: