Tuesday, May 28, 2013

Kejohanan Futsal Proton Edar HQ & Wilayah Tengah 2013


Acara terakhir untuk 19 Mei 2013, iaitu Kejohanan Futsal Proton Edar HQ & Wilayah Tengah 2013 yang berlangsung di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya.

Aku tiba pada sekitar jam 10.00am & ngam ngam perlawanan kedua pasukan aku iaitu TAPAU FC baru bermula. Pertandingan antara jabatan2 di Proton Edar HQ hanya melibatkan 6 pasukan atau 5 perlawanan bagi setiap pasukan. Pasukan kami hanya berjaya berada di tempat ketiga dengan keputusan 3 menang (1 buy) 2 kalah.

TAPAU FC & Club Committee


Lebih kurang jam 1.00pm, keputusan diumumkan & majlis penyampaian hadiah berlangsung. Selesai saja majlis aku pun berangkat pulang, membawa diri yang kepenatan di tahap maksimum.

3rd medal of the day

Milo Malaysia Breakfast Day Run 2013


Selesai acara pertama di KL Tower lebih kurang 5.50am, aku terus bergegas ke Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk acara kedua 19 Mei iaitu Milo Breakfast Day Run 2013.

Jalan menuju masuk ke padang kawad/tapak acara utama begitu sesak bermula dari susur keluar lebuh raya utara selatan - UPM. Aku tiba di UPM pada jam 6.30am, nasib baik lah aku bergerak dengan motosikal kalau tidak...

Sebenarnya acara ini ditunda dari 5 Mei iaitu tarikh PRU13 ke 19 Mei & memandangkan aku sudah pun mendaftar & kawan2 semuanya bertumpu ke acara ini, jadi aku pun teruskan untuk bersama2 dengan kawan2.

Boss, gadis Milo, Aku & Shahril

Di acara ni aku ditemani ramai rakan2 antaranya seperti biasa En Shahril, luar biasa En Athfin a.k.a Boss, Bentaraguru En Shahril iaitu Pn Weeda, En. Naquib & Cik Shiera. Milo Breakfast Day Run ni ada 2 kategori je iaitu individu 7km & keluarga 3km. Kesemua kami mengambil acara 7km. Acara 7km dilepaskan pada tepat jam 7.00am.


Checkpoint 3km 
Ramainya.....





















Acara ni aku cuma berlari lari anak & kebanyakannya berjalan bagi tidak memberi tekanan kepada keadaan fizikal yang baru sahaja berhempas pulas. Lebih dari sejam juga masa yang dicatatkan untuk menghabiskan 7km, ia lebih kepada aktiviti santai & cuci mata.

Finishing line
Shahril & Weeda



















Mr Naquib 


Selesai acara yang kedua ni, sambil berehat & menikmati minuman Milo dari lori Milo yang diimpikan setiap murid sekolah rendah di Malaysia, naik kembunglah minum Milo. Bersiar siar di tapak karnival, bergambar & melihat kelagat pengunjung lain.

Runner status update

2nd medal


Hampir 9.00am kami semua bertolak pulang & aku perlu bergegas memandangkan masih ada 1 acara yang perlu aku sertai.


Monday, May 27, 2013

KL Tower Sunrise Towerthon Challenge 2013



19 May 2013, 1st untuk 2013 atau mungkin satu satunya acara towerthon yang aku sertai tahun ni. Seawal jam 2.00am aku bersiap sedia & bertolak dari Shah Alam, aku tiba di venue acara iaitu di Menara Kuala Lumpur lebih kurang 3.45am. Betapa tak sangkanya aku bahawa ramai warga lembah klang yang sanggup bangun & bersenam bersama seawal jam 4.00am.





















Event ni aku harungi berseorangan selepas rakan2 seperjuangan gagal dipujuk atas alasan mengelakan  injuries. Aku sempat berbual dengan beberapa orang kenalan baru yang rata2 sama2 menimba pengalaman baru a.k.a 1st timer di acara ini, sama2 gemuruh & ragu2 dengan kecergasan masing2.

Starting line

Peserta dilepaskan secara berperingkat, 300 orang peserta dalam 1 kumpulan dilepaskan setiap 5 minit bagi mengelakan kesesakan & kecelakaan di tangga menara serta masa diambil berdasarkan timing chip masing2. Aku dilepaskan dalam kumpulan ketiga lebih kurang 5.15am.

Dilepaskan di kaki bukit Menara Kuala Lumpur atau lebih kurang 800 meter dari bangunan menara, larian dimulakan dengan pendakian bukit. Walaupun baru bermula, pendakian bukit tersebut berjaya menggambarkan cabaran pendakian anak anak tangga yang akan ditempuhi. Betapa mencabarnya buat peserta pertama kali macam aku ni, tangga yang sempit, udara yang terhad, peserta2 yang kecundang mengeluarkan isi perut di sisi tangga & pemandangan yang terhad membuatkan keazaman diri teruji.
Catatan masa (466)

Aku berjaya menamatkan pendakian dengan catatan masa 00:30:55:75. Setengah jam & sebagai peserta yang ke 466. Apa? 466? 466 daripada 1250, ok lah tu kan? Mungkin dapat diperbaiki dimasa akan datang.

1st medal of 19 May


p/s: KL Towerthon ni lebih kepada cabaran mental berbanding fizikal. Jika diizinkan tuhan, nak juga mencuba lagi di sesi 2014.
  

Saturday, April 13, 2013

Nottingham Charity Run 2013



Acara ketiga yang Aku sertai iaitu Nottingham Charity Run 2013 yang berlangsung pada Ahad, 7 April 2013. Acara ini diadakan di Nottingham University, Semenyih. Kedudukan pusat lanjutan pelajaran ini agak ceruk sikit tapi pada yang pernah ke Bukit Broga pasti tahu universiti ini kerana terletak tidak jauh dari kaki Bukit Broga.

Seperti biasa acara ni pun aku berdua, siapa lagi kalau tak bertemankan teman tetap aku Shahril. Jarak perjalanan kami (Shah Alam) dengan universiti ini atau semenyih mengambil masa lebih kurang 45 - 50 minit. Kami bertolak seawal jam 5.00 pagi supaya kami dapat mencari parking, mendaftar dan bersiap dengan selesa.




Setibanya kami di Nottingham University, parking mudah dicari dan penanda arah ke tapak pendaftaran, toilet & cafe amat mudah ditemui. Ia banyak membantu kami sebagai peserta untuk membuat pendaftaran dll. Cuma yang pelik pada kami, anjing banyak gila berkeliaran dalam universiti ni, berjalan kena hati hati takut terperanjat hehe...

Nottingham Charity Run 2013 dimulakan dengan sedikit senaman ringan dihadapan pentas utama & kemudiannya kumpulan larian pertama (men open 10km) dilepaskan diikuti acara acara lain. Ini merupakan acara larian aku yang pertama dimana aku boleh melihat pelari lain yang mendahului aku di seberang jalan. Ia memberikan sedikit tekanan apabila kita tahu berapa ramai yang sedang mendahului & lebih cepat dari kita.



Namun kepuasan menghabiskan larian itu lebih diutamakan, lebih lebih lagi apabila kami masing masing dapat memperbaharui rekod larian kami. Aku menamatkan larian dengan catatan masa 01:07:44 & Shahril dengan 01:19:37. 


Finishing line



Selesai sahaja larian aku menunggu Shahril di garisan penamat, kemudian kami menukar pakaian & terus sama sama ke booth booth sponsor seperti Dutch Lady, RedBull dll. 

 


Kami amat berpuas hati dengan penganjur Nottingham Charity Run 2013 kerana walaupun ia hanya acara larian amal yang mengambil kos pendaftaran RM30 tetapi dengan pendaftaran yg teratur, pengurusan masa yg baik, kemudahan yg diberikan & t-shirt yg cantik serta selesa, kami rasa berbaloi menyertainya. 



Friday, March 15, 2013

Larian Amal 2013, UNITEN




Seminggu selepas berjaya mengharungi event yang pertama, aku terus ke event kedua iaitu Larian Amal 2013 "The Greatest Wealth is Health" di Uniten, Kajang anjuran Prepatory Programme For Excellent Students (PPES)- pelajar2 cemerlang yang terdiri daripada pelajar dibawah tajaan Yayasan Tenaga Nasional & MARA pada 10 Mac 2013. Sekali lagi, event ni aku ditemani sparring partner aku, Shahril.

Acara ini berlangsung di Padang Coit, Uniten. Larian amal ini mempunyai 6 kategori veteran lelaki & wanita, terbuka lelaki & wanita dan Junior lelaki & wanita dengan jarak yang sama iaitu 6km. Yuran pendaftaran pula hanya RM10. 

Pendaftaran
Kali ini kami tiba setengah jam awal di tapak acara, bersiap sedia, menyalin pakaian sambil melihat peserta lain mundar mandir memanaskan badan & menunggu untuk pendaftaran serta penyerahan no bip. Sepatutnya pendaftaran bermula jam 6.30am tapi ia hanya bermula lebih kurang 7am++. Bila pendaftaran lewat maka pelepasan larian pun menjadi lewat.

Bangunan COIT, Uniten
Tempat acara berlangsung

Semua kategori dilepaskan serentak pada jam 8.10am++, yang peliknya adakah laluan larian kali ini benar benar 6km atau tidak? sebab kalau ikut software larian aku (Runkeeper) laluan larian hanyalah sepanjang 3.76km. Dan masa untuk larian  aku kali ini adalah 23m21s & Shahril pula 28m++.

Finishing line

Dah macam berlari 21km pulak..

Setiap peserta diberikan goodies bag di garisan penamat. Sementara menunggu upacara penyampaian hadiah, para peserta di hiburkan oleh band pelajar Uniten. Dan apabila selesai penyampaian hadiah, sijil sijil panyertaan diserahkan pada para peserta.

Berbagai acara & games lagi yang berlangsung di tapak acara seperti cabutan bertuah, twin peaks climbing, velcro olympics, street soccer dll, tapi kami bertolak pulang lebih awal untuk bersarapan di Shah Alam.

http://ppes1213.blogspot.com/
http://www.sports.my/events.php?event=892-larian_amal_2013

p/s: harapan kepada penganjur agar dapat menepati masa & belajar menguruskan acara dengan lebih baik. Adalah lebih baik, tapak acara di sediakan lebih awal sehari, khemah pendaftaran disusun dengan lebih teratur, pembahagian kerja urusetia dibahagikan seminggu lebih awal bagi mengelakan kekeliruan seperti pagi acara. Semoga acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih cemerlang....

Friday, March 8, 2013

Brooks Half Marathon 2013



Pada 3 Mac 2013, aku telah menyertai running event pertama aku iaitu Brooks Half Marathon 2013 yang dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club bersama jenama sukan Brooks di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebagai event pertama perasaan excited tu memang membuak buak, aku ditemani rakan seperjuangan yang sama sama baru dalam sukan riadah ini, En Shahril bertolak seawal 4.30am dari rumah, Shah Alam. Kami tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil lebih kurang 5.00am. Rupanya ribuan peserta telah membanjiri kawasan tersebut.

5.20am
Shahril di depan pentas utama





















Setelah kami bersiap, kami pun ke laman utama acara, melawat khemah khemah penganjur sambil melihat gelagat peserta peserta lain. Selang beberapa minit kami di situ, kategori pertama iaitu 21km lelaki & wanita dilepaskan tepat jam 5.45am. Pujian harus diberikan kepada penganjur diatas penjagaan masa yang begitu baik. Setiap kategori dilepaskan seperti yang dijadualkan.

Starting point

15 minit sebelum kategori kami dilepaskan, pengumuman dibuat & kami mula memanaskan badan. Tepat 6.15am, kami pun dilepaskan. Kali terakhir aku berlari 10km iaitu pada 2001 ketika di tingkatan 5. Alhamdulillah, berkat daripada latihan aku dengan Shahril, malam selepas waktu kerja seminggu dua kali maka takdelah terasa kepenatan sangat. Walaupun latihan tu hanya 2/3 km je satu malam.

Dalam ketika berlari inilah, baru aku sedar acara ini bukanlah sekadar larian. Betapa orang lain memotivasikan diri kita bila melihat Orang tua yang sebaya dengan ibu bapa kita, mereka yang berkerusi roda, mereka yang berlari tanpa kasut boleh melakukan larian lebih baik dari kita. Pendek kata, "jangan berputus asa"

Akhirnya setelah berlari, berjalan, berlari ,berjalan aku tiba di garisan penamat dengan catatan masa 1:10:24. Manakala Shahril dengan masa 1:24:36 tapi aku bangga dengan Shahril sebab aku yang ajak dia joint aku & dia berjaya dengan catatan masa yang agak baik. Dengan penuh semangat dia cakap, dia nak 

ikut aku lagi.

Shahril dengan trofi mininya
my finishing kit



Ada juga kawan kawan lain yang turut serta dalam event ni, Shira & Naquib (office mate) takde jodoh nak jumpa kat sana, Shah Faiz aku jumpa masa aku kat kilometer ke 8 & ada sorang kawan se-syarikat aku jumpa masa Q kat toilet (aku lupa nama dia)

official results

p/s: satu benda yang aku perasan, sambutan dari kaum cina adalah sangat menggalakan. Perlu lebih ramai melayu kita dalam aktiviti sihat macam ni.. 5km pon ada..he he..


Wednesday, January 16, 2013

Gold Coast Morib


Tanggal 12 Januari 2013 merupakan tarikh bersejarah buat Vintage Growth SB, sebuah syarikat kontraktor yang julung2 kalinya mengadakan 'Vintage Growth SB & friends family day'. Acara yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri oleh kakitangan & rakan2 terdekat kepada tuan director syarikat. En Dzulathfin. Sebenarnya company ni tempat aku buat part time & memandangkan tuan director tersebut kawan aku so kawan2 yang lain pun kawan akulah..hehe..

Bertolak dari Shah Alam kira2 jam 1.30pm, perjalanan ke Morib mengambil masa lebih kurang 1 jam 10-15 minit melalui highway SKVE Saujana Putra-Banting. Kami ke hotel dahulu untuk pendaftaran (check in 3.00pm) kemudian kami makan tengah hari di Pantai Morib.

Check in@lobby
Lebih kurang jam 3.10pm kami mengambil kunci dan ke bilik masing2. Di sini memang pack pada hujung minggu, so kalau berharap nak dapat bilik berviewkan theme park kena daftar nama pagi2 lagi. Apabila masuk ke bilik, pastikan anda memeriksa dahulu keadaan bilik anda sama ada berkemas atau tidak & pada yang memilih Studio Suite pastikan jakuzi didalam bilik anda berfungsi.

Semua bilik kami ditempah oleh tuan director & semua bilik yang ditempah adalah Studio Suite so peringatan di atas tu faham2lahkan. Masing2 excited masuk bilik & menikmati view. Yes! aku dapat suite yang view ke theme park.





view dari jakuzi....








view dari balkoni..


Taman tema air Gold Coast Morib
Selepas berehat sebentar di bilik tanpa membuang masa,masing2 membawa anak2 yang menggeletek tidak sabar berendam di taman tema dibawah sambil menunggu kawan2 yang masih belum tiba.

Pada sebelah malamnya pula, setelah semua staff dan rakan2 tiba, kami bertolak ke Bagan Lalang, Sepang untuk makan malam di restoran terapung (takde la terapung sangat pon) HM Sri Bagan SB. Berbagai juadah makanan laut yang disajikan membuatkan masing2 kekenyangan & perjalanan pulang ke hotel terasa jauh beribu batu.



Bergambar kenangan selepas makan malam
Selesai acara makan malam, tiba di hotel, anak2 terus lena dibuai mimpi & kami mencuri masa untuk berbual sebelum tidur.

Lena dibuai mimpi ditemani hujan lebat bersama angin laut pagi berikutnya, kami terus ke cafe hotel menikmati sarapan pagi sambil menunggu hujan berhenti. Kira2 jam 9.30am, hujan berhenti & masa yang ditunggu anak2 tiba. Masing2 teruja meluru ke taman tema air.

tuan director & family
bersama staff & keluarga








  



Yaya keriangan walaupun tak tahan sejuk..
Masa amat mencemburui kami kerana masa check out hampir tiba (12.00pm) kami ke bilik masing2 dan berkemas untuk pulang. Jutaan terima kasih kepada syarikat Vintage Growth SB serta tuan Director En Dzulathfin kerana sudi membawa kami bercuti bersama, semoga syarikat ini akan terus berkembang & maju hendaknya. Moga tuhan merahmati usaha & kerja2 syarikat serta membalas jasa baik anda.

All Black katanya
Bergambar dihadapan Gold Coast Morib sebelum pulang..
Pada pendapat saya Gold Coast Morib merupakan satu tempat percutian yang baik bagi warga kota@lembah kelang untuk menghilangkan penat sambil membawa anak2 mandi manda kerana lokasinya yang tidak jauh. Kawasannya yang hampir dengan Bagan Lalang-Pantai Morib-Pekan Banting juga memudahkan pengunjung untuk mendapatkan kemudahan kemudahan lain seperti makanan laut, makanan ringan, kedai telekomunikasi dll. Untuk tempahan/maklumat www.gcr.com.my